Program eKelas Penggal 2 (5 April – 4 Mei 2019)
7 April 2019 | Aktiviti TerkiniBermula pada hari Sabtu 6 April, pelajar akan menjalankan aktiviti eksperimen bagi matapelajaran Sains dan Matematik bersama cikgu-cikgu mereka. Aktiviti eksperimen adalah khas kepada Tahun 6 dan Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 mengikut sukatan pelajaran di sekolah. Pelajar menjalankan aktiviti ini di dalam kumpulan bersama rakan-rakan dan dipantau oleh staf Pusat Internet Gunung Hilir. Kaedah seperti ini memberi cara pembelajaran secara teori dan praktikal disamping memupuk sikap bekerjasama di dalam kumpulan. Manakala bagi matapelajaran Inggeris pula, para pelajar diberi skrips untuk berlakon bersempena minggu Drama English. Aktiviti ini memupuk minat pelajar dalam bidang kretiviti di dalam kumpulan disamping belajar secara lisan yang betul ketika bertutur di dalam Bahasa Inggeris.
Di samping itu juga, para pelajar diberi peluang menggunakan Learning Port menerusi Portal eKelas masing-masing. Kelebihan Learning Port antaranya adalah, mengandungi nota setiap matapelajaran utk pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan seperti UPSR, PT3 dan SPM.
Pelajar dapat mengulangkaji matapelajaran dengan menggunakan nota padat yang terdapat di dalam Learning Port tersebut. Selain itu, terdapat juga bank soalan dan set soalan ujian praktikal untuk para pelajar membuat ulangkaji sebelum menghadapi peperiksaan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: